Hidup bukan semudah yang disangka, tapi tidaklah sesukar yang dibyangkan.. Ia terpulang kepada kita untuk membentuk, melukis dan menghidupkan kehidupan kita..apa yang kita inginkan, apa yang kita lakukan, itulah perjalanan sebuah kehidupan yang kita sendiri corakkan..

Thursday, 10 November 2011

Jangan kau kahwini wanita ini...

Assalamualaikum... salam dari hamba yang mencari redha Allah, post kali ini ingin berkongsi sedikt tentang wanita2 yang tidak digalakkan untuk dikahwini. Perkongsian ini dri seorang senior (abg maha), dan dikongsi bersama di blog ni..jom bace.. :)


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”


  • Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


  • Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.


  • Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


  • Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


  • Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


  • Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh : Imam Al-Ghazali 


Semoga kita (wanita) terhindar dari sifat2 tersebut.. Bersama-samalah kita berdoa agar dapat menjadi wanita, ibu dan isteri solehah.. Insyaallah..


No comments:

Post a Comment