Hidup bukan semudah yang disangka, tapi tidaklah sesukar yang dibyangkan.. Ia terpulang kepada kita untuk membentuk, melukis dan menghidupkan kehidupan kita..apa yang kita inginkan, apa yang kita lakukan, itulah perjalanan sebuah kehidupan yang kita sendiri corakkan..

Thursday, 20 December 2012

Terpaksa. boleh ke?


Bismillah..
Assalamualaikum.

Sesuatu yang baik bermula dari “paksaan?”

Perubahan kearah yang lebih baik tu tak semstinya datang secara semulajadi dalam diri seseorang tu. Ada jugak yang mana bila dipaksa baru nak buat. Mungkin kerana takut atau tak suka dileter. Tapi semuanya dibuat sebab “terpaksa”. Tapi kalai tak dipaksa bila perubahan tu akan trjadi? Saya rasa paksaan ni baik kalau kena pada tempatnya.

Contohnya, msa saya bebudak dulu banyak benda yang dipaksa untuk buat. Antaranya pergi sekolah agama. Masa tu sangat2 mals nak pergi skolah agama sebab macam2 lah especially “malas”. Tapi pergi jugak even terpaksa sebab takaut kat abah. Tapi, lama2 benda ni jadi habit yang mana kita sendiri scara automatic akan rasa nk pergi atau teringat benda tu kena buat sebab nak belajar.

Selain tu,masa kecik2dulu satu lagi benda yang terpaksa buat, pakai tudung bila keluar je dari rumah.  Masa tu tak tahu lagi fikir dosa, pahala. Tapi dah jadi tanggungjawab mak ayah untuk didik dan latih anak2 dari kecik untuk biasakan buat benda2 yang wajib ni.

Masa tujugak takut dengan ustaz azizan (ustaz sekolah agama rakyat) sebab kalau terserempak dengn ustaz tu, nnti kena marah. Kadang2 ustaz tu xmara pon, tapi rasa takut tu ada. Masa tu sangat tak suka kena pakai tudung bila keluar rumah sebab panas, kacau nak main. Hehe.. tapi bila makin lama pakai tudung jadi habit dan takda rasa terpaksa lagi. Yang paling best, bila tak pakai rasa janggal sangat2 dan masa tu dah ada rasa malu. Tambah pulak bila kita makin tahu hukum tutup aurat.

See!  tak salah kalau permualaannya bermula dengan paksaan tapi biar cara yang betul. Maksudnya,  kalau kita nak latih ataua paksa seseorang tu untuk berbuat sesuatu yang baik kena bermula dari peringkat awal dan cara yang sopan. Jangan sampai mendera atau menyakitkan dan yang paling penting kita sendiri kena tunjuk contoh yang baik jugak supaya jadi panduan untuk diorang.

Yang pasti, saya rasa tak salah kalau sesuatu perubahan tu bemula dengan paksaan yang mana akhirnya lahir keikhlasan dan istiqomah. Tak perlu kita nilai “keterpaksaan” seseorang tu sebaliknya doakan dia dan kita terus istiqomah dlam berbuat kebaikan. Abaikan pandangan manusia, yang penting ALLAH SUKA ^__^
Wallahua’alam

p/s : coretan untuk dri sendiri dan semua :)

Wajah terpaksa. hehe :p

Saturday, 10 November 2012

Moga Allah berikan kesempatan itu..


Assalamualaikum...Bismillah...


Entry kali ni "Moga Allah berikan kesempatan itu.."


Kisah bermula satu pagi, lepas solat subuh. tengok tv dengan mak abah, kebetulan ada segmen Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Ghazali Ibrahim. Tajuk sangat menarik yg brkaitan ibadah haji. Bnyak sangat kupasan yg ustaz Ghazali buat. Macam tu juga dengn soalan2 dari penonton yg nak tahu pasal ibadah haji dan umrah ni temasuk jugak mak dan abah.


Allah.. nampak kesungguhan mak abah nak kutip ilmu terutama pasal ibadah haji dan umrah ni walaupun mak abah tahu dan rasa diorang seolah-olah susah atau lambat lagi untuk kesana. Dengar mak cakap "seronoknya tengok orang yg dah smpai sana. mak ni bila pulak x tau".. untuk pujuk mak, saya cakap. "insyaalla mak.. ada rezeki mak dengan abah nanti. kita doa, usaha. sekuran2 nya kita pasang niat nak kesana.". Allhu akbar, Allah je yang tahu sebaknya tengok mak abah masa tu. Mak rasa harapan nak kesana tu payah sebab saya dan adik2 blajar lagi.


 Lepas tu mak dengar mak cakap lagi " Ya Allah, kalau xsempat tunaikan haji, Umrah pun dah syukur sangat".. ya Allah, lagi la sedih dengar mak doa macam tu. Punya lah kuat hajat mak nak jejak Tanah Suci. sungguh, rasa nak nangis dengar, tiba2 terfikir, apa aku boleh sumbang untuk mak sdangkan aku sendiri nmpak kesungguhan mak? macam mana aku nk smapaikan hajt mak abah? Allahu rabbi.. Rasa tak sanggup nak pandang muka mak abah lama2, sesaat, dua, tiga, confim ada yang menangis nanti..


Terus kuatkn semangat mak, yakinkan mak. Insyaallah, satu hari nnti akan trcapai hasrat mak. Anak2 mak xkan hampakn mak. Insyaallah, kami sama2 usahakan untuk mak abah.. Atas apa yang mak abah dah korbankan untuk anak2, kami cuba balas walaupun sebenarnya tak trbalas jasa budi mak ayah..

Suatu hari nanti mak, abah.. Insyaallah..





Moga Allah sampaikan hajat kami..

"Ya Allah.. berilah kesempatan kepada kami untuk memnuhi hasrat kedua ibu bapa kami yang satu ini. Mungkin inilah sekecil-kecil usaha kami untuk membalas jasa mereka. Permudahkan urusan kami, murahakan rezeki kami dan kurniakanlah kami rezeki dari sumber yang halal dan Kau redhai.."


Sunday, 12 August 2012

Iftar terakhir bersama CLASSMATE (2012)



Bismillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dah masuk hari ke 24 ramadhan untuk tahun ni. Moga Allah terus beri kekuatan dan semangat untuk terus beribadah. Malam sepulu terakhir ramadhan, semua cuba merebut malam lailatulqadar. Insyaallah..

Kali ni nak share sikt pasal iftar dengan classmate tersayang. Sedar tak sedar, rupanya kami semua dah 5 semester kat bumi Merbok ni. Macam2 dah face sepanjang 5sem ni.Insyaallah, kami akan sama2 grad, sama2 habiskan pelajaran kat UitM Merbok terchenta ni.hehe

Hee.. lari topic pulak, sebenarnya nak cakap pasal iftar semalam..Alhamdulillah,plan kami semua berjalan lancar. Ini mungkin ramadhan terakhir untuk kami semua kat kedah ni dan mungkin jugak kali terakhir dapat berbuka bersama-sama, reramai macam ni.  Sangat best!!

Even susah nak buat gathering mcm ni tapi tetap syukur sebab akhirnya dapat jugak buat. Classmate semua bagi kerjasama, support plan ni. Pendek kata, sebenarnya semua nak macam ni, kumpul ramai2, eratkn hubungan friendship yang kurang rapat, dan luangkan masa dengan kawan2, bergambar kenangan sama2. Daebak!!

Sebenarnya, nak bina satu hubungan tu tak susah mana pon, tapi untuk jaga dan kekalkan hubungan itu yang jadi masalah sebab bnyak sanagt dugaannya. Hanya yang kuat mampu teruskan dan pertahankan hubungan tu. Dan yang penting hubungan tu sentiasa dalam redha Allah.

And to all my beloved classmate,(KIM110 5B) thanks for everything, thanks for all sweet moment together. May Allah bless our friendship till Jannah.. Insyaallah.. kalau dipanjangkan umur, kita try lagi buat gathering macam ni, jangan biar hubungan ni terus sunyi macam tu je. Even kita jauh, kawan2 tetap dihati dan dalam doa kita..insyaallah.. 


I LOVE MY FRIENDS FOR THE SAKE OF ALLAH...

Kaum adam kelas kami..xramai pon..


this is my housemate :)


my other classmate.. 


me and our ass. classrep. Dayana :)


here we are :D

Dayana and the geng @ teratak sunti..heheheh
:))


mereka lagi..hehe

Friday, 13 July 2012

Kerana Keyakinan Pada Khalik...mereka redha & lebih kuat.

Bismillah...
Assalamualaikum Wbt..

Post kali ni nak share pasal dua sahabat yg sangat2 saya sayang. Dua wanita yang kita boleh contohi semangat mereka. Both are my lovely friends. sahabt masa senang dan susah :)


Al kisahnya, semalam 13 July 2012 keputusan UPU keluar. ramai student STPM and Matrix xsabar tunggu result diorang. Same goes to my both friends, xsabar tunggu walaupn diorang sangat takut dan cuak. Tapi dalam hati dah pahatkan untuk redha dengan apa pun yg keputusan yang akan diorang dapat nanti.

Dan pada pukul 11 pagi saya yang busy body dah msej one of them utk tnya, tapi result xkeluar lagi..its ok..sbar tunggu..dlam hati doakan yang terbaik untuk diorang. harap sangat diorang dapat apa diimpikan.. lepas bebrapa jam phone still xde bunyi. Dlam hati dah niat xnak mesj sebab xnak kacau diorang.

Lepas tgok status slah seorang mcm pelik je bunyi nya. then, terus decide nak tanya.. hurmm.. dia xdapat. sedih sangat2 dengar. macam nk nangis pon ada.  TAPI yang mengagumkan, dia sikit pon tak sedih, dia sangat2 Redha dengan result yg dia dapat. Sangat2 terkejut dgn respond dia, Alahamdulillah..dia sangat2 kuat dan yakin dengan apa yang Allah dah aturkan untuk dia. Allah...bukan senang nak jumpa wanita kuat mcam ni. not like me..hehe ^__^mungkin sebabkan ujian2 yang pernah dia lalui sepanjang hidup dia sejak kecik buat dia sangat kuat untuk hadapi semua ni.Very proud of yo dear.. :)
(Ina)

Tak lama lepas tu, yg sorang lagi IM saya dgn emoticon smile..macam ada brita happy je..Dan dengan x sabar terus tnya dia dapat mana. Tapi dia ckap dia xdapat mana2..sangat terkejut sebab result dia ok! pointer pon not bad, ok..tapi kenapa dia xsedih pun? Dia semangat lagi nak buat rayuan. Dia redha, dia tahu kali ni bukan rezeki dia. Bila chat dengan dia saya yang kena marah sebab nangis.**thats why i xnak call you dear..hee**
Dia marah sebab saya nangis, sape2 pon kalau ada kat tempat saya confirm nangis. kita kawan dah lama. susah senang kita sama2. Bila ade something yg awak nak sangat awk xdapat, saya pun sedih sebab kita sama2 bina cita2 tu.. tapi Alahamdulillah..awak sangat kuat dari yang saya sangka.. sepupu awak yang laki pon nangis untuk awak tau x?? ramai orang sayang..hehehe..
(Mila)


Apa pon saya doa kan awak berdua my beloved friends akan terus kuat dan bertambah kuat.. Yakin dengan Allah..Rezeki dari dia ada dimana-mana selagi kita yakin dan ada usaha..sama2 kita doakan yg terbaik untuk awak berdua dan sahabat2 kita yang lain.. Kejayaan tu milik kita bersama. :)
I Love U both for the sake of Allah..<3<3

This entry special to Ina & Mila..

One fine day..we'll grab this!!..Insyaallah..

Wednesday, 4 July 2012

Nisfu Syaaban dan 16 Hari Lagi Sebelum Ramadhan

Bismillahilrahmanilrahim... Assalamualaikum.

Hari ni, subuh2 lagi dapat mesej dari kawan2 yg mengingatkan tentang Nisfu Syaaban..Alhamdulillah..
Kali ni nak share sikit tentang nisfu syaaban dan keleihannya:


>“Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd 
hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg 
beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan 
rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”


>"Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. "

Alhamdulillah.. dah masuk nisfu syaaban dan 16 hari lagi akan datang bulan penih kemuliaan, Ramadhan. Moga dengan kesempatan ni saya ingin memohon seribu kemaafan dari semua kalau ada salah silap.

Harap2 dengan pembukaan buku amalan yang baru ni, lagi bertambah amalan, kurang buat benda2 lagho..insyaallah.

 Apa pun, kena siapkan diri untuk ramadhan. Usaha biar ramadhan kali ni lagi baik dari yang sebelumnya. Insyaallah..

Esok (5/7/12) kelab IMAN (Ikatan Mahasiswa Dinamis) akan anjurkan program untuk menyemarakkan mlam Nisfu Syaaban. Program start pukul 7 malam, solat maghrib berjemaah, bacaan Yassin, Solat Isyak berjemaah, Qiamulail perdana dan Kuliah subuh. 



Harap2 dapat join sekali. Buat semua berjemaah. Kalau kat rumah liat sikit nak buat ni.hehe.. Ada program macam ni, cuba la join, dekatkan diri dengan Allah. Masa banyak Allah bagi, kita luangkan sikit untk "dating dengan DIA"
Wallahualam.. :)

Malam Nisfu Syaaban...

Hidupkan bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan..




Wednesday, 9 May 2012

8 Pintu hati yang dimasuki Iblis:


8 Pintu hati yang dimasuki Iblis:


1- Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.

2- Hati yang memandang remeh pada dosa-dosa kecil.

3- Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.

4-Hati yng bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.

5- Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.

6- Hati yang merasa tidak gembira apabila mendapat ujian Allah SWT.

7- Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.

8- Hati yang Ujub, Sombong, Riak dan Buruk Sangka pada orang lain,


Kitab Hindari Tipu Daya Syaitan. M/S : 18.

sama2 kita usaha jaga hati, jaga akhlak dan jaga iman.. akhlak melambangkan siapa diri kita.. dan jaga hati itu sangat penting. Bila kita jaga hati kita, bermakna kita juga jaga hubungan kita dengn Allah dan hubungan kita sesama manusia.

Hubungan Dengan Allah.. kita sentiasa bersangka baik dengn Allah. jangan ragu atas setiap sesuatu yang Allah hmprkn sepanjang kita menjalani hidup. Yakin Allah xkan mensia kn kita. Sentiasa pujuk hati dan diri untuk bersabar stap ujian yg menghimpit. Dan jaga hati juga akan pupuk rasa redha dengan apa yang Allah takdirkn dalm idup dan yakin lah! Allah beri yang trbaik untuk kita.

Hubungan Dengan Manusia... didik hati supaya sentiasa bersangka sesama manusia. Dapat mengelakkan dari fitnah dan perkara2 yang merosakk hubungan kita ssama manusia. dengan menjaga hati, kita dpat jauhi sifat hasad. sifat hasad berkemampuan untuk meruntuhkn hubungan sialtulrahim walaupon saudara sendiri dari perut ibu yang sama.

kesimpulannya, sama2 kita jaga hati agar tidak dimasuki dimasuki iblis agar terjalin baik hubungan kita sesama manusia, yang paling penting hubungan kita dengan Pencipta Allah S.W.T. InsyaAllah... :)


Jagalah Hatimu.. 

Thursday, 5 April 2012

Bermimpilah Untuk Memeluk Bulan Sekalipun

Assalamualaikum...
Coretan terbaru kali ni, nak share tentang cita2, impian dan kehendak dan usaha kita mencapainya..




Bermimpilah Untuk Memeluk Bulan Sekalipun

Dalam hidup ni,semua menginginkan sesuatu yang terbaik. Ingin menggapai apa yang kita hajati walaupon kadang2 kita rasa benda tu sesuatu yang mustahil untuk kita capai. Setiap yang bernyawa pasti ada keinginan sendiri dan munkin berbeza-beza. Allah menciptakan manusia dengan kelebihan dan bakt yan berbeza-beza. Dari situlah wujudnya keinginan, kehendak dan cita-cita yang ingin dicapai. Itu adalah satu kepuasan bila kita berjaya menjadiakannya reality.

Setiap dari kita mampu dan boleh mncapai keinginan kalau ada kehendak dan usaha. Ada jugak yang usahanya sikit tapi hasilnya mengagumkan, ada jugak yang usah super duper kuat tapi hasil ta seimbang dengan usaha. Sebenanya, dari situlah ermula ujian untuk kita. Bukan semua yang kita inginkan boleh dpat dengan  mudah. Yang bulat tak dating begolek, yang pipih tak dating melayang. Jangan pernah rasa usaha kita cukup untuk dapatkan sesuatu, tapi bukan bermakna kita perlu tamak sampai menagabaikan hak-hak yang lain.

Restu ibua bapa it penting, dalam setiap apa yang kita lakukan mesti mendapat restu dan izin mereke. Kadang2 parents susah untuk membenarkan kita lakukan sesuatu yang kita dan mereka tak oasti tentang faedah kebaikannya, mereka terlalu memikirkan risiko. Sebenarnya, tu tanda mereka care pasal kita. Cuba yakinkan mereka, insyaAllah mereka akan faham. Doa salah satu perkara pentin yang kita perlu lakukan setiap masa, letakkan pengharapan dan kebergantungan kita pada-Nya, tiada yg lain, hanya Dia. Dia maha mendengar, xkan Allah persiakn kita kalau kita ikhlas mminta dari Dia. Yakinlah! 

Restu mereke penting, kajayaan kita hdiah buat mereka.


Sesekali jatuh tu perkara biasa, bukan senang utk dapat sesuatu kalau dgan usaha yang skit dan tiada ujian. Sebenarnya kejayaan itu lebih manis kalau dlam usaha kita nk mncapainya, kita diuji. Macam lirik lagu ni yang menceritakan tentang ujian dalm hidup untuk kita mendapatkan sesuatu yang berharga dan bagaimana ujian Allah itu mendorong kearah kemenangan yang sangat berharga.

“tak kan dilemparkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan”
“takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora”

Maknanya, ujian itu lumrah hidup. Xkan ada kemanisan kalau sesuatu yang kita nak capai dapat dengan beitu mudah. Mungkin a satu kebanggaan pada awalnya, tapi kemanisan kesusahan tidak terasa. Nikmat kejayaan pon mudah hilang..

Jadi, x salah kalau kita nak bercita-cita, tak salah kita berangan atau mengimpikan sesuatu selagi ia sesuatu yang logic dan masih dlam kemampuan seorang manusia. Jangan mudah letak titik noktah kalau kita belompon menarikan pena usaha.. ceewaahh..

Moga pesanan ini jadi ingatan buat diri..insyaAllah..truskan usaha kita. Tiada yang mustahil jika ada usaha dan yakin Allah sentiasa bersama.
Allah takkan mempersiakan usaha dan ketabahan hambaNya


Jadi, x salah kalau kita nak bercita-cita, tak salah kita berangan atau mengimpikan sesuatu selagi ia sesuatu yang logic dan masih dlam kemampuan seorang manusia. Jangan mudah letak titik noktah kalau kita belompon menarikan pena usaha.. ceewaahh..

Moga pesanan ini jadi ingatan dan dorongan buat diri..insyaAllah..truskan usaha kita. Tiada yang mustahil jika ada usaha dan yakin Allah sentiasa bersama.
Allah takkan mempersiakan usaha dan ketabahan hambaNya.

Walluhua'alam...




Jangan berhenti memohin dari-Nya

Monday, 2 April 2012

Apa Ada Dengan Cinta mu?? _Sambutan Maulidul Rasul..

Bismillahilrahmanilrahim..

Assalamuaalikum...  dah lam sgt2 xupdate.. cntent dh prepare, tp xde msa nk update.  Entry kali ni nak share psal ceramah sempena smbutan Maulidul Rasul yg tipa2 tahun kta raikan.

Kali ni, sya nk share skit ttg forum Perdana yg dianjurkan oleh kelab Ikatan Mahasiswa Dinamis atau lebih dikenali sbg  kelab IMAN oleh wrga UiTM kedah.IMAN, slah stu klab yg aktf di UiTM yg  sntiasa cba dkati pljar dgn brbagai aktiviti yg brbntuk islamik dn brmotivasi. Malam yang sam, majlis ceramah diserikan dengan persembahan Qasidah dari kumpulan Qasidah yang dijemput khas dari Institut Perguruan (IPG) Tengku Bainun.. MasyaAlla...sangat2 best alaunan Qasidah dan selawat yg daialunkan. Walaupon xfaham, tp sgt menyentuh hati semua yang hadir malam tu.. :)

 Panel jemputan malam tu ustaz Suhaimi Saad dan Ustaz Afif Yahya. Honestly, forum memang best dgn cara pnyampain y berbeza antara dua2 panel ni. Alhamdulillah, bnyak input yg disampaikan dan dpat dikutip especially ttg kcintaan kita kpada kekasih  Allah  (nabi Muhammad) dan bagaimana kita melahirkan kecintaan kita. Sedih mengenangkan diri yang rasa jauh dri Rasulullah. Allah...

Sesuai dgn tajuk cramah malam tu, Ada Apa Dengan Cinta Mu?? Bnyk pngisian yg dibuat oleh dua2 panel ni, sgt trsentak bla isu kcintaan kta trhdap Baginda dikupas oleh panel tu. Majoriti yg hadir smua sebak.  Yg nangis pon rmai especially muslimat. Subhanallah..agung sgguh cinta baginda pda kita, sdgkn kita nk brselawat pon liat..Bila dsebutkn kecintaan kta kpd bginda, automatic kcintaan kta kpd Sang Pencipta kta trut disoal.. di kdudukn yg mna Khalik kta brada dlm hti kta, mungkin mulut kta mnjwab “di tempat pertama,  di tempat tratas dlm hti ”. TAPI, btul ke?? Itu lah persolan yg kta kena Tanya balik dalam diri kita..

Agungnya cinta Rasulullah pda kita, sehingga ke hujung nyawa baginda, kita x dilupakan. Kebimbangan baginda terhadap kita menggambarkan betapa ksihnya Baginda pada kita. Tapi kita pulak?? Tepuk dada tnya diri, koreksi diri.. Masih belum terlambat untuk kita especially saya sndri utk mula cari da n pupuk rasa cnta trhadap Rasulullah dan Pencipta kita “ALLAH”.  Semua bergantung pada hati dan kehendak kita.  


Wednesday, 18 January 2012

Ya Allah... Jika Aku Jatuh Cinta..

Bismillahilrahmanilrahim...

“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, 

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
 agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,

Cintaku  kerana ALLAH....
 jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya,

agartidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, 

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah... bimbinglah hamba agar menyntainya bukan kerana nafsu,
Bukan kerana hartanya, paras rupa atau kelebihan yang engkau kurniakan padanya
Biarlah cinta yang lahr ini cinta yang sentiasa diredhai Mu..
cinta yg bisa membaa hamba ke Syurga-Mu yang abadi..



Cinta dan manusia tak dapat dielakkan..
terpulang kepada kita bagaimana untuk mengawal cinta tu..
"kita adalah pengawal kepada cinta & bukan cinta yg kawal kita"

Apa pon biarlah cinta kita kepada manusia tu berlandaskan cinta kita kepada Allah..

"CARILH CINTA YANG AKAN MENDEKATKAN DIRI KITA DENGAN ALLAH

"CARILAH CINTA YANG AKAN MENAMBAHAN KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH
BUKAN CINTA YANG MEMBAWA KITA JAUH DARI CINTA DAN RAHMAT-NYA.."


pesanan untuk diri dan shabat... :)







I am Nothing without ALLAh...

Monday, 2 January 2012

Alhamdulillah... i’m turn to 20 :)

Assalamualaikum...alhamdulillah...masih Allah berikan kesempatan untuk terus hidup dengan sihat dan nikmat pancaindera yang sempurna. Syukur kerana telah memasuki tahun baru, 2012.. pertambahan tahun bersama peningkatan usia. Tiada lagi angka belasan, sekarang I’m 20..semoga peningkatan umur seirng dengan peningkatan ibadah, keimanan dan kecintaan kepada yang SATU dan ksih syang sesama islam..Ya Allah, mcm xpercaye pulak..hehe

Biasanya bila memasuki thun baru, rmai yg mmperbahaui azam, kea rah kebaikan.Tak kurang jugak yang hendak mendirikan masjid..Alhamdulillah..walau apa pon, yg kta lakukan biarlah ikhlas kerana Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terlintas di hati kita. Semoga Allah sentiasa membuka jalan untuk kita yang sentiasa berniat dan ikhlas untuk kembali ke arah kebaikan. Kali ni,saya nk kongsiakan sikit azam saya setelah masuk ke angka 20 ni.hehe..trasa tua pulak 


Azam thun baru saya:

*      Jadi lebih matang:

Ini perkara pertama yang perlu saya lakukan, jdi lbih mtang. Matang tak bermaksud kita tua, dan maksud matang itu sendri luas, mtang dri segi brfikir, bargaul, berpakaian, bersahabat dan sebagainya. Setiap dar kita mesti tahu kelebihan dan kekurangan yg trdapat dlam dri sendiri jadi sama2 kita perbaiki.


*      Jadi muslimah dan anak yg solehah:


     Ini antara azam yang kita perlu improve selalu, xsemestinya setahun sekali bru kita berazam tpi kalau boleh hari2 kita perbaiki diri dan azam ni. Sebolehnya, sya ingin jadi muslimah dalam erti kata yang sebenar, bukan hanya Islam dan Muslimah hnya pada nama. Tapi hidupkan erti sebenar muslimah dan islam pada dri. Dan saya akan cuba untuk jadi anak yg solehah yg patuh dan taat bukan hanya pada Allah dan rasul, tpi juga pada ibu bapa. Cuba untuk mnjadi anak yang sentiasa membuatkan ibu bapa tersenyum bahagia dengan kita, jika kita tidak mampu membahagiakan mereka dengan keputusan yang cemerlang, tapi cubalah menjadi anak yang taat dan menjaga maruah diri dan keluarga. Bahagiakan mereka selagi kita ada peluang untuk berbuat begitu..


*      Belajar sungguh2

hurrm...ni antara azam yg famous, tpi agak sukar untuk laksanakn, tpi sekurang –kurangnya kita masih berazam untuk itu.. saya antara mnusia yang sgt malas stud,..hehe..tp saya akn cuba perbaiki sikap ni, jdi lbih rajin dan focus dalam study. Cuba improve lgi result. Berkorban sikit untuk pelajaan dan masa depan... cuba manfaatkan setipa peluang dan ruang yang Allah berikan dalm belajar. Buka semua orang yang bernasib nbaik seperti kita.. jdi, cuba manfaatkan peluang yang ada.insyaallah..




*      jadi SAHABAT yang baik untuk sahabat2 yg lain..

hurrmm...sbagai manusia biasa, kita xdpat elak dari melakukan kesilapan terutama dengan manusia. Selalu terjad perbalahan antara kita dan sesame manusia iaitu sahabat. Sya bukanlah sahabat yang baik untuk sahabat2 saya, tpi sya akn cuba jdi lbih baik.. bnyak perkara dan tindak tanduk kita yang menyakiti shabat kita tanpa kita sedar. Mungkin kita rasakan  kita sudah buat yang terbaik untuk sahabt kita, tpi kita xsdar yg rmai yg trluka dengan kita. Cuba pelihara sebuah ukhuwah itu sebaikya keran sekali kita kehilangan seorang insan bernama sahabat, itu akan jadi penyesalan yang besar untuk kita, xkiralah sahabat lelaki atau wanita,mereka sgt brhrga dan perlu kita jaga sebaiknya..biar ape org kta, tpi Allah tahu niat kita.. Kehilangan seorang sahabat ibarat hilang permata yang sgt berharga yg kita xkan ketemu lagi. 




  last one.. lupakan semua ksedihan dan mulakan dengan sesuatu yang baru 

Ini yang penting.. saya akui xda manusia yang hidup tanpa skit pon rase sedih atau kecewa yng bersarang dihati. Tapi jangan jadikan kesedihan tu sebagai penghalang untuk kita terus kehadapan tap jadikan tu sebagai smangat @ cabaran utk kita jdi lbih bai.. saya akn cuba usir ksediahn sdikit demi sedikit untuk mulakan dengn sesuatu yang baru. Mungkin itu semua ujian dri Allah untuk menguji thap kesabaran kta sbgai manusia dan hambaNya.. ape pon, pasang niat baru untuk berubah kearah kebaikan. Abaikan semua kesedihan. Butakan mata dari melihat keburukan yang orng lemparkan pada kita. Semua itu hnya semntara. 

I Wanna be a Success Person and put the sadness behind..



Semoga Aku bisa menjdi wanita solehah yang sentisa dlam perhatian Allah..
  & menjadi puteri penyejuk dimata dan penawar dihati..insyaAllah..