Hidup bukan semudah yang disangka, tapi tidaklah sesukar yang dibyangkan.. Ia terpulang kepada kita untuk membentuk, melukis dan menghidupkan kehidupan kita..apa yang kita inginkan, apa yang kita lakukan, itulah perjalanan sebuah kehidupan yang kita sendiri corakkan..

Wednesday, 10 July 2013

Jangan marah budak-budak tu..

Bismillah..
Assalamualaikum..


Alhamdulillah hari ni dah masuk 2 Ramadhan dah. kejap je kan?
Dah 2 malam jugak terawih terlaksana. 


Macam biasa, bila ada terawih selalunya sesetengah masjid akan adakan jamuan makan sikit atau ayat femesnya "moreh". Moreh ni kadang2 disediakan individu, kadang2 gotong royong orang kampung atau Jawatankuasa masjid sendiri. 

Moreh dan terawih ni rasanya takda halangan atau limitation untuk orang-orang tertentu, semua yang datang dan ada kat masjid tu boleh makan. Tapi menyedihkan bila ada yang marah2 budak2 yang datang masjid. Katanya datang sebab nak makan moreh ja. Allah.. Allah.. biar jelah budak-budak tu datang masjid, dah rezeki diorang. Kalau diorang tak datang masjid, siapa nak habiskan makanan tu? nanti tak pasal2 membazir. hishh..

Yang peliknya, sibuk nak marah2 kan budak-budak tu yang tak tahu apa-apa tu pasal apa? Patutnya pi marah, tarbiyyah yang tua-tua tapi tak reti-reti nak jejak kaki ke masjid. Pergi marah yang duk melepak di bus stop bagai tu. Bukannya budak-budak yang datang masjid tu.

Sepatutnya budak2 tu dilayan elok2, marah kalau diorang buat bising, buat kacau, tapi jangan marah diorang datang masjid. Mana kita tahu diorang datang sebab moreh? Budak2 ni hati dioran bersih, masa ni lah kita nak didik diorang supaya dekat dengan masjid. Ikat hati diorang biar ada rasa cintakan masjid. Kita kena ingat, budak-budak tu pelapis generasi masjid akan datang. Kalau kita marah2, tak mustahil diorang akan jauh dari masjid, akan datang siapa nak ganti tempat imam,bilal sekarang? tak kan nak biar masjid tu kosong.

Jangan pelik kalau satu hari nanti xda golongan muda remaja nak imarahkan rumah Allah tu. Sebab apa?? puncanya kita sendiri menjauhkan budak-budak tu dari masjid. Betul lah ada pepatah kata "melentur buluh biarlah dari rebungnya", macam situasi ni lah, biarlah budak2 tu nak datang sebab moreh atau sebab apa sekalipon, jangan halang. Masa ni kita ajar, didik diorang dan ajak biar selalu dekat dengan masjid. Biar budak-budak tu rasa selesa, seronok datang masjid. Jangan nak tunggu budak-budak tu dah besar bau nak diajak imarahkan masjid. Masa tu dah terlambat. Masa tu rebung pon dah jadi buluh tua. Bukan mustahil untuk diajak ke masjid, tapi payah.

Jadi, biarkan budak-budak tu datang ke masjid. Jamu diorang dengan rezeki moreh malam tu. Sebenarnya lagi senang menajmu budak-budak ni. tak banyak songeh, tak banyak kerenah, tak banyak complain. Apa pon yang dihidang diorang makan. 

Harap benda-benda macam ni tak terjadi dah tahun ni dan akan datang. Kita yang dewasa ni kena tunjuk contoh yang baik untuk diorang ikut, Baru budak-budak tu tahu menghormati. 

Moga bermanfaat.. insyaAllah.. :)


Mereka pelapis generasi masjid, jangan dimarah. 

Sunday, 7 July 2013

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Bismillah... 
Assalamualaikum.. :)


Rasa macam baru je lagi Ramadhan tinggalkan kita dan dalam masa berapa hari je lagi ramadhan kembali. Alhamdulillah. Moga diberi kesempatan menuju ke bulan itu. Bulan rahmat buat semua makhluk. 


Dulu masa kecik2, masa tak cukup matang nak nilai kebaikan keburukan, kelebihan, kekurangan, rasa seronok sangat bila hampir Ramadhan sebab dekat nak raya, seronok berbuka makanan banyak. Kadang2 rasa tak seonok Ramadhan datang sebab kena berlapar, puasa, macam2 lagilah. Sampai kadang2 rasa pelik dengan orang yang seronok sangat nak sambut Ramadhan.


Tapi Alhamdulillah, bila makin meningkat dewasa (dah besaq panjang orang kedah kata) makin faham, kenapa orang bersyukur bila dapat sambut Ramadhan sekali lagi, berdoa bila supaya dapat bertemu Ramadhan. Bila tahu, faham, menghayati tentang kemuliaan Ramadhan, Subhanallah! tak da kata yang dapat ceritakan mulianya indahnya Ramadhan bagi orang-orang yang betul-betul memaknakan Ramadhan, betul-betul manfaatkan stiap minit, waktu dalam bulan Ramadhan. Sungguh, Allah Maha Kaya..


Bila tahu, faham dan hayati kelebihan yang Allah janjikan dalam bulan Ramadhan, memang tak pelik kenapa semua orang mukmin sangat2 nantikan bulan mulia ni. Ya Allah, sape - sape pon, yang mula terbuka tentang Ramadhan mesti terkocak hati nak sambut Ramadhan, bersungguh2 nak sambut, bukan sebab nk raya atau makanan, tapi sebab kemuliaan dan kelebihan yang Allah janjikan.


Alhamdulillah.. makin dewasa makin terasa nkmatnya Ramadhan, makin rindu pada Ramadhan dan terawih. Setiap tahun, tanamkan dalam diri dan niat  sungguh2 nak jadikan Ramadhan setiap tahun jauhhh lebih baik dari yang sebelumnya dari segi ibadah dan amalan2 lain. InsyaAllah.. :)

Moga Allah beri kesempatan bertemu dengan Ramadhan kali ni yang semua tengah buat countdown.. Allahu.. :)




Wednesday, 10 April 2013

Dimana kita?? Allahu Rabbi..



Bismillah..
Assalamualaikum

Baru2 ni ada baca satu post di satu page kat facebook yg mnceritakn satu hadis Rasulullah  tentang ”Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya. Subhanallah.. sangat terserlah sifat pengasih Allah. tapi, apa tindakan kita??
Allahu.. 

Baginda Rasulullah SAW bersabda: ”Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya iaitu:
  • Imam (pemimpin) yang adil
  • Pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah
  • Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid
  • Dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah    karena Allah pula
  • Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah'
  • Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya
  • dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.
        (HR. Bukhari Muslim).


Sedangkan telah Nabi sampaikan antara orang2 yang akn dilindungi mndapat naungan-Nya, tapi macam xda apa2 kesan. Hanya sekadar baca dan kagum. Berharap dan terus mengharap. Apa tindakannya?

Kadang2 kita ada cita2 untuk jadi salah seorang darinya tapi pasang niat saja, apa2 tindakan pun xbuat. Allah.. Memang sifat kita sbagai manusia. "hangat2 tahi ayam". Tak pernah bersungguh2 untuk kotakan apa yang kita niatkan. 
Moga Allah masih berikan kesempatan untuk perbaiki diri setiap hari, setiap masa. moga setiap sesuatu yang kita katakan, lakukan beri manfaat untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Sama2 cari redha Allah.
Satu lagi, ni salah satu suntikan nasihat dari Syeikh Nuruddin Marbu AlBanjari AlMakki yang patut kita faham dan amalkan. InsyaAllah.. 

"Kedudukan seseorang bukan dinilai dengan perbuatan zahir ttapi kedudukannya dinilai disisi Allah s.w.t"
(Syeikh Nuruddin Marbu AlBanjari AlMakki.)



Perbetulkan jika ada yg salah. sama2 blajar. :)
Moga bermanfaat buat diri. insyaAllah.
Selamat beramal :)






Tuesday, 22 January 2013

Counting days.. :)

Bismillah...
Assalamualaikum.. :)


Counting days...

Tajuk entry kali ni agak over. ala-ala orang tunngu hari nak nikah gitu.haha
Dalam seminggu ni kami student2 Information Management especially, tengah cuak menghitung hari sebab ada dengar ura2 yang mengatakan 30 January result untuk continue study ke peringkat degree keluar. InsyaAllah.. :). tiap2 hari kira berapa hari lagi tinggal.

Sementara nak tunggu hari result tu menunjukkan diri, macam soalan dari insan2 yang mengambil berat pasal diri ini. Boleh dikatakan tiap2 hari soalan yang sama diajukan.
contohnya "dah habis, xnak sambung ke?" "mintak kat mana? dpat kos apa?" "bila masuk belajar pulak?" hehe..ni antara soalan-soalan yg akan ditanya. kadang2 susah jugak nak jawab sebab xtahu lgi kos apa dan dapat kat mana sebab kami xbole mintak UiTM mana kami nak, kena tunggu jawapan dari pihak UiTm sendiri.


Apa pun kami2 para penunggu result ni harap sangat dapat pilihan yg terbaik. sesuai dengan minat dan kemampuan kami. tak dapat first choice pon, sekurang-kurangnya tak lah tersasar dari kos kami. insyaAllah.. tapi kami serahkan semua tu pada Allah, dia sebaik-baik perancang. Setiap yang Dia rencanakan ada seribu hikmah sebaliknya. Terus doa untuk dapat yang terbaik. :)

Pesan pada hati, walau apa pun keputusan yang kelua nanti, didik hati untuk redha dengan keputusan tu. Yakin dengan aturan Allah adalah yg terbaik. InsyaAllah. 

Dia MAha Mendengar terus doa dan doa moga kita dapat sesuatu yang baik yang bagi manfaat bukan saja untuk kita tapi untu keluarga dan orang sekeliling kita jugak. 

"Sesuatu yg kita suka belum tentu baik untuk kita dan sesuatu yg kita benci belum tentu buruk untuk kita" Put our trust on HIM :)



Let's count the day :D