Hidup bukan semudah yang disangka, tapi tidaklah sesukar yang dibyangkan.. Ia terpulang kepada kita untuk membentuk, melukis dan menghidupkan kehidupan kita..apa yang kita inginkan, apa yang kita lakukan, itulah perjalanan sebuah kehidupan yang kita sendiri corakkan..

Saturday, 26 November 2011

Kita dan Taubat...

Allah Tuhanku, Allah yg satu, Tiada Tuhan selain Allah..
Assalamualaikum...


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah .
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini...



Taubat.. perkara paling penting dalam hidup kita. Setiap yang bernyawa tak lepas dari melakukan dosa dan kesalahan. begitu jugak saya. Tapi Allah yg maha pengampun lagi maha penyayang tk pernah tutup pintu taubat-Nya untuk kita kembali kepada-Nya. Semuanya terpulang pada kta untuk merenung embali setiap tingkah laku, tutur kata, pndangan mata dan apa shaja yg kita lakukan dal kehidupan seharian kita. Adakah penuh dengan dosa dan noda atau kita hamba yang patuh dan tidak pernah melakukan dosa.

"Taubat "adalah perkra yang sangat dituntut dalam islam. Allah telah berfirman
  "wahai orang2 mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha"
   (surah At Tahrim: ayat :8). Ayat ini menjelaskan betapa pentingnya taubat.


Jika kita benar2 ingin bertaubat, lakukannya bersungguh-sungguh. Jangan sekadar melepaskan batk di tangga. Taubat memerlukan banyak pengorbanan. Kita hendaklah menyesal dengan perbuatan atau dosa yang pernah kita lakukan, memohon kemapunan Allah dan tidak mengulangi perbuatan yg dibenci Allah dan penuh dengan kemaksiatan.
Dan jika kita sudah berniat untuk bertaubat, seeloknya kita cepatkan melakukannya. Seperti kita tahu, ajal maut kita bleh datang bla2 masa saja. Tak de siapa dlam dunia ni yang tahu bila kta akn dipanggil untuk mengadap_Nya. Tarikh kematian adalh rhsia pling bsar dlm hdup sseorang dmana hanya Allah yang mengetahui. Kita jugak bukan lah manusia yg maksum, kita belom tentu kuat untuk menghdapi dugaan, ujian, hasutan syaitan, ajakan teman2 yg sentiasa mendorong kita untuk melakukan kesalahn sekaligus melupakan dan melunturkan niat kita untuk kembali berada dijalanNya..

Ape2 pon, tepuk dada tnya hati, tnya diri, tnya iman.. adkah kita berada dijalan yg sebnrnya?
sekadar renungan untuk diri dan sahabat, tiada niat untuk mengajar sesiapa..
sekian.... :)

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau maha mengetahui atas segala
 stiap sesuatu.. terimalah aku yg ingin kembali kejalan-Mu.. 

Thursday, 10 November 2011

Jangan kau kahwini wanita ini...

Assalamualaikum... salam dari hamba yang mencari redha Allah, post kali ini ingin berkongsi sedikt tentang wanita2 yang tidak digalakkan untuk dikahwini. Perkongsian ini dri seorang senior (abg maha), dan dikongsi bersama di blog ni..jom bace.. :)


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”


  • Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


  • Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.


  • Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


  • Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


  • Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


  • Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh : Imam Al-Ghazali 


Semoga kita (wanita) terhindar dari sifat2 tersebut.. Bersama-samalah kita berdoa agar dapat menjadi wanita, ibu dan isteri solehah.. Insyaallah..


Tuesday, 1 November 2011

Dimana Sahabat Dalam Diri Kita ??

Assalamualaikum... salam ukhuwah dri hamba yang sedang mencari redha Allah...

Persahabatan tidak bermula secara automatik atau dalam sekelip mata, ttapi ia melalui satu proses pengenalan dimana kita cuba mencari keserasian. Mungkin juga kita mncari kejujuran dalm dri shabat tersebut. Sejujurnya, bukan mudah untuk kita menerima seseorang sebagai sahabat (kawan baru).
Tetapi, tak salah kan klu kita "bina" sebuh persahabatan atas dasar "ukhuwahfillah". Ukhuwah kerana Allah.. Tapi... sejuah mana kasih kita terhadap insan bergelar SAHABAT tu? Munkin hnya, di bibir, di facebook, di twitter @ dihati dimana hanya ALLAH S.W.T. shaja yang mngetahuinya..

Kadang-kadang terfikir jugak, kita selalu ucap "ak syg hg" "i love u friends" "i miss u friend", tapi betul ke ucapan tu betul-betul sampai ke dasar hati? betul ke dtg dri hati? ikhlas ke kita ucapkan rase sayang tu? atau itu hanya ayt di SMS dan di FB.. Saya brpesan kpada dri sndri dan kwan2, seeloknya biarlah ucapan sayang kita untuk sahabat itu lahir dari hati yang ikhlas, serta diiring doa  kesejahteraan shabat, bukan hanya ayat untuk berbasa-basi..

Lumrah hidup sebgai manusia, kita x dapat elak dari perasaan marah, iri hati, annoying dan macam2 lagi perasaan yang biasanya jadi racun dalam persahabatan. Tak kira dari sei apa pon keelbihan yang sahabat kita peroleh sama ada dari segi pelajaran, kesenangan, kecantika mahupun "teman lelaki" perasaan jahat hasad dengki secara senyap menyelinap masuk dlam hati kita. Kemudian mendorong kepada iri hati, marah, dan akhirnya berlaku perbalahn.. Tak dapat dinafikan, kaum Hawa sendri sering mengalami prasaan itu.. Tetapi,  kita perlu sentiasa muhasabah diri, sedar dan percaya dengan Qada' dan Qadar Allah dimana Allah berikan yang terbaik untuk hamaba_Nya. Allah kurniakan kita dengan kelebihan dan keistimewaan tersendiri.. Insyaallah, dengan sentiasa ingat dan percaya pada Allah.. Racun pershabatan itu dapat disingkirkan..

Akhir sekali, kita cuba kongsi dan mensyukuri setiap kejayaan yang dimiliki sahabat2 kita.. jadikan "kegembiraaan sahabat juga kegembiraan kita". Insyaallah, hati jadi tenang.. Kasih antara shabat juga trpaut.. Cuba singkirkan perasaan2 yang menjadi perosak dalam pershabatan itu sedikit demi sedikit.. Insyaallah, kita dapat menkmati kemanisan sebuah Ukhuwah..

Ape-ape pon.. tepuk dada tanya hati, "dimana sahabat dalam diri kita".. 
Sekadar pesanan dan renungan untuk diri ini yang masih mencari kenikmatan sebuah persahabatan.. semoga bermanfaat..