Hidup bukan semudah yang disangka, tapi tidaklah sesukar yang dibyangkan.. Ia terpulang kepada kita untuk membentuk, melukis dan menghidupkan kehidupan kita..apa yang kita inginkan, apa yang kita lakukan, itulah perjalanan sebuah kehidupan yang kita sendiri corakkan..

Thursday, 20 December 2012

Terpaksa. boleh ke?


Bismillah..
Assalamualaikum.

Sesuatu yang baik bermula dari “paksaan?”

Perubahan kearah yang lebih baik tu tak semstinya datang secara semulajadi dalam diri seseorang tu. Ada jugak yang mana bila dipaksa baru nak buat. Mungkin kerana takut atau tak suka dileter. Tapi semuanya dibuat sebab “terpaksa”. Tapi kalai tak dipaksa bila perubahan tu akan trjadi? Saya rasa paksaan ni baik kalau kena pada tempatnya.

Contohnya, msa saya bebudak dulu banyak benda yang dipaksa untuk buat. Antaranya pergi sekolah agama. Masa tu sangat2 mals nak pergi skolah agama sebab macam2 lah especially “malas”. Tapi pergi jugak even terpaksa sebab takaut kat abah. Tapi, lama2 benda ni jadi habit yang mana kita sendiri scara automatic akan rasa nk pergi atau teringat benda tu kena buat sebab nak belajar.

Selain tu,masa kecik2dulu satu lagi benda yang terpaksa buat, pakai tudung bila keluar je dari rumah.  Masa tu tak tahu lagi fikir dosa, pahala. Tapi dah jadi tanggungjawab mak ayah untuk didik dan latih anak2 dari kecik untuk biasakan buat benda2 yang wajib ni.

Masa tujugak takut dengan ustaz azizan (ustaz sekolah agama rakyat) sebab kalau terserempak dengn ustaz tu, nnti kena marah. Kadang2 ustaz tu xmara pon, tapi rasa takut tu ada. Masa tu sangat tak suka kena pakai tudung bila keluar rumah sebab panas, kacau nak main. Hehe.. tapi bila makin lama pakai tudung jadi habit dan takda rasa terpaksa lagi. Yang paling best, bila tak pakai rasa janggal sangat2 dan masa tu dah ada rasa malu. Tambah pulak bila kita makin tahu hukum tutup aurat.

See!  tak salah kalau permualaannya bermula dengan paksaan tapi biar cara yang betul. Maksudnya,  kalau kita nak latih ataua paksa seseorang tu untuk berbuat sesuatu yang baik kena bermula dari peringkat awal dan cara yang sopan. Jangan sampai mendera atau menyakitkan dan yang paling penting kita sendiri kena tunjuk contoh yang baik jugak supaya jadi panduan untuk diorang.

Yang pasti, saya rasa tak salah kalau sesuatu perubahan tu bemula dengan paksaan yang mana akhirnya lahir keikhlasan dan istiqomah. Tak perlu kita nilai “keterpaksaan” seseorang tu sebaliknya doakan dia dan kita terus istiqomah dlam berbuat kebaikan. Abaikan pandangan manusia, yang penting ALLAH SUKA ^__^
Wallahua’alam

p/s : coretan untuk dri sendiri dan semua :)

Wajah terpaksa. hehe :p