Bismillah..
Assalamualaikum..
Allah..sedar-sedar dekat setahun blog ni tak ber'update'. Kemain bersawang lagi. Nasib baik belajar pasal blog baru ni, baru teringat dan ada kesedaran nak hidupkan balik. insyaAllah. :D
Masyallah.. sekarang dah sem 5 degree dan skrg dah ada di penghujung sem. Assignment, presentation and etc kemain lagi menimbun dengan riaknya. Masa ni memang sangat2 busy dan tak terurus sangat rasa. Hubungan dengan manusia, hubungan dengan Allah pon dah tak terjaga. Itu satu kesilapan besar yang boleh kata setiap tahun dihadapi. Astaghfirullah..
Baru-baru ni sembang dengan sahabat, ya! kami-kami kongsi rasa yang sama. 'Tak Tenang'. Bila dikoreksi dan diperhatikan balik, baru tahu hubungan dengan Allah tak terjaga, tak terurus. Kita rasa rasa Allah jauh, tapi DIA ada, kita yang cipta jarak tu. DIA Sentiasa ada tapi kita yang selalu LUPA.
Hakikatnya, sangat tak patut dan tak adil bila kita rasa kita kosong sebab rasa Allah jauh sedangkan hakikatnya kita yang lari dari DIA. Masalah paling besar rasanya bila jadikan alasan kerja banyak hubungan dengan Allah jadi tak terurus. Sepatutnya bila tengah busy macam ni kita dekat, mendekat dengan Alla sebab setiap urusan kita takkan menjadi tanpa izin DIA. Tu yang selalu kita lupa. Ambil kesempatan masa ni untuk dekat dengan Dia. Mohon bantuan, kemudahan, kelancaran, kesihatan, kefahaman dari Dia.
Selalu dengar pesan ni, 'Allah takkan uji sesuatu diluar kemampuan kita. Bila diuji maknanya kita mampu. InsyaAllah'. tapi hati ni susah betul nak hadam.
In short, ambil kesempatan ni untuk mendekat bukan menjauh. Utamakan mana yg utama.
suka satu kata-kata ni, jumpa masa dok scroll timeline:
'Kerana terlalu mencintai sesuatu hingga terlalu terikat, lalu terlupa ada yang perlu kita cintai selayaknya'
Allahu.. letak cinta pada tempat yg sepatutnya. Note to self! :)
Sekadar pendapat dan perkongsian.
Moga bermanfaat.
'JIKA JATUH KERANA DUNIA, BANGUNLAH KERANA ALLAH'




.jpg)



